Selain mengumumkan ROG Ally X, Asus turut mengumumkan model baharu untuk dua jenama laptop mereka iaitu Zephyrus G16 dan Asus TUF Gaming A14 yang dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Ryzen 9 AI HX 370 yang membawa teknologi AI ke dalam kedua-dua laptop.
Zephyrus G16 juga dilengkapi skrin 16-inci menggunakan panel OLED dengan resolusi 2.5K dan kadar segar semula sehingga 240Hz. Ia juga menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4060 atau NVIDIA GeForce RTX 4070, 32GB RAM dan menyokong SD Express 7.0 untuk prestasi kad SD yang pantas. Zephyrus G16 juga menjadi laptop ROG pertama yang menyokong WiFi 7.

Laptop ini ditawarkan dengan harga bermula RM11,499 dan setiap pra-tempahan dilakukan sebelum 31 Julai 2024 boleh dapatkan bagasi ROG Slash yang bernilai RM999.
TUF Gaming A14 merupakan laptop pertama di bawah jenama TUF yang mempunyai skrin 14-inci, yang membawa kepada laptop yang ringan iaitu 1.46 kg dan setebal 1.69 cm sahaja. Walaupun ringan dan nipis, ia masih dilengkapi dengan NVIDIA GeForce RTX 4060, sokongan memori LPDDR5 dan slot untuk M.2 2280 SSD.

Ia ditawarkan dengan harga RM7,599 dan setiap pra-tempahan sebelum 31 Julai 2024 boleh dapatkan monitor ASUS TUF VG249Q3A yang bernilai RM755.
Anda boleh lakukan pra-tempahan melalui laman ini.


