Logitech G telah mengumumkan penawaran terbaru untuk produk papan kekunci mereka iaitu Logitech G515 LIGHTSPEED TKL yang sudah boleh didapatkan sekarang.
Papan kekunci ini hadir dengan rekaan low-profile untuk memberikan rekaan lebih kemas dan menarik untuk dilihat tetapi mengekalkan prestasi yang tinggi. Ia mempunyai ketinggian 22 mm sahaja yang membantu untuk mengurangkan keperluan tempat rehat pergelangan tangan.
G515 juga menyertakan low-profile switches yang mempunyai travel distance 3.2mm dengan kekunci diaktifkan dengan tekanan 1.3mm sahaja yang lebih pendek berbanding switches yang biasa memberikan pengalaman yang lebih baik untuk memberikan actions per minute yang lebih tinggi.
Tambahan pada itu, G515 hadir dengan busa yang mengurangkan bunyi, switches yang sudah di lincir, penstabil terpasang, dan juga PBT keycaps untuk memberikan keselesaan yang terbaik. Papan kekunci ini juga menyokong teknologi baharu iaitu KEYCONTROL yang menambah jumlah tetapan yang boleh digunakan untuk memberikan pelbagai fungsi berbeza kepada setiap kekunci yang ditekan.


Papan kekunci ini menyokong teknologi LIGHTSPEED untuk memberi sambungan secara nirwayar yang lebih pantas. Pengguna juga boleh guna Device Pairing Tool di G HUB untuk menyambung dua perkakas LIGHTSPEED menggunakan satu penerima.
Logitech G515 LIGHTSPEED TKL ditawarkan dengan harga RM669 di mana-mana pengedar rasmi Logitech dan juga gedung rasmi mereka di Lazada dan juga Shopee.