Logitech telah mengumumkan penawaran terbaru tetikus di bawah jenama Logitech G iaitu Logitech G309 LIGHTSPEED yang sudah mula ditawarkan sekarang.
Logitech G309 LIGHTSPEED hadir dengan teknologi HERO 25k sensor yang memberikan penjejakan yang lebih tepat, dan juga pengalaman penggunaan yang lebih baik untuk bermain permainan video.
Tetikus ini juga menyokong POWERPLAY yang membolehkan ia digunakan dengan PowerPlay Wireless Charging System, ia juga masih boleh digunakan dengan bateri AA yang mempunyai ketahanan sehingga 300 jam.
Seperti namanya, tetiktus ini menyokong teknologi LIGHTSPEED untuk memberi sambungan secara nirwayar yang lebih pantas daripada tetikus dengan wayar. Pengguna juga boleh guna Device Pairing Tool di G HUB untuk menyambung dua perkakas LIGHTSPEED menggunakan satu penerima.


Walaupun dengan pelbagai teknologi ini, Logitech G309 LIGHTSPEED masih merupakan satu tetikus yang ringan iaitu 86 gram menggunakan bateri AA atau 68 gram jika menggunakan POWERPLAY.
Logitech G309 LIGHTSPEED ditawarkan dengan harga RM349 melalui pengedar rasmi Logitech dan juga gedung rasmi mereka di Lazada atau Shopee.


