PlayStation Store Kini Menyokong ShopeePay

PlayStation Store telah menyertakan satu lagi cara pembayaran iaitu ShopeePay menyertai pembayaran melalui kad kredit, Apple Pay dan juga PlayStation Store Gift Card yang sudah disertakan sebelum ini. ShopeePay merupakan dompet digital yang disediakan oleh Shopee.

Jika anda ingin menggunakan pembayaran terbaru ini, anda boleh menyambungnya melalui akaun PlayStation dan melalui proses pengesahan seperti yang ditetapkan.

Semasa pengujian kami, bagi pembelian yang tidak mencukupi, anda perlu melakukan tambah nilai secara berasingan melalui Shopee dan tidak boleh melalui PlayStation Store. Anda juga boleh menyambungkan satu sahaja akaun ShopeePay di satu akaun.

Sohor Kini