Dapatkan Kesemua Komik ‘The Boys’ Dengan Harga RM84

Anda mungkin mengenali The Boys melalui siri yang ditayangkan di Prime Video dengan musim keempat sedang disiarkan sekarang (Baca: Ulasan The Boys (Musim 4)). Siri ini merupakan adaptasi kepada siri komik berjudul sama yang diterbitkan bermula pada tahun 2006 dan tamat pada tahun 2012.

Siri komik ini mempunyai 80 episod yang dibahagikan kepada 13 jilid, dan jika anda berminat untuk membacanya, Humble ada menawarkan berkas untuk komik ini di mana anda boleh membayar $1 untuk mendapatkan jilid pertama, $10 untuk mendapat lima jilid pertama dan $18 ataupun lebih kurang RM84 untuk kesemua 13 jilid.

Sebagai sebahagian daripada penawaran Humble, anda juga boleh menetapkan jumlah daripada bayaran anda untuk disumbangkan ke badan amal. Selepas pembelian dilakukan, anda akan mendapat komik ini dalam format PDF, ePUB dan juga CBZ membolehkan ia dibaca di mana-mana aplikasi ataupun peranti bacaan anda.

Humble: The Boys

Sohor Kini