50% Pengguna PlayStation Masih Menggunakan PS4

Sony Interactive Entertainment di dalam perkongsian perniagaan mereka (dilaporkan oleh VGC) telah mengatakan yang konsol generasi lepas iaitu PlayStation 4 masih sebahagian yang penting di dalam perniagaan mereka.

Mereka juga mengatakan yang daripada 97 juta pengguna aktif bulanan, 49 juta menggunakan PS4 iaitu lebih kurang separuh. Walaupun begitu, jumlah jam bermain lebih tinggi di PS5 iaitu 2.4 bilion jam berbanding 1.4 bilion jam.

Pengguna di PS5 juga berbelanja lebih tinggi untuk kandungan dalam permainan iaitu 176%, perkhidmatan 57% dan perkakasan 34% akan tetapi lebih rendah sebanyak 12% untuk pembelian permainan penuh.

SIE juga mengumumkan yang setakat ini PS5 telah terjual sebanyak 59.3 juta unit iaitu jumlah yang menyerupai PS4 pada tempoh yang sama.

Dengan konsol generasi lepas masih aktif digunakan tidak mengejutkan penerbit masih memilih untuk mengeluarkan permainan di konsol tersebut, terbaru Call of Duty: Black Ops 6 juga diura-urakan akan terus dilancarkan untuk PS4.

Sohor Kini