Xbox Game Pass telah mengumumkan yang permainan seterusnya untuk Call of Duty iaitu Call of Duty: Black Ops 6 akan dilancarkan pada tahun ini, dan ia juga akan memasuki Xbox Game Pass pada hari pelancaran.

Selain itu, mereka juga berkongsi treler aksi nyata untuknya yang anda boleh tonton di bawah.

Maklumat lanjut mengenai Call of Duty: Black Ops 6 akan dikongsi selepas Xbox Games Showcase iaitu pada 10 Jun 2024, di mana mereka juga akan berkongsi tarikh pelancaran yang dijangka sekitar bulan Oktober atau November.

Platform untuknya juga masih tidak diumumkan lagi, berdasarkan beberapa laporan ia akan tiba untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Sohor Kini