Acer Malaysia telah melancarkan secara rasmi Acer Nitro V 16 untuk pasaran Malaysia, iaitu pilihan laptop gaming mampu milik mereka dan merupakan pertama kali laptop siri Nitro dilengkapi dengan cip pemprosesan AMD Ryzen 8000.

Acer Nitro V 16 ini dilengkapi dengan cip AMD Ryzen 7 8845HS dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4050 untuk turut menyokong teknologi NVIDIA DLSS 3.5. Selain itu, ia juga disertakan bersama dengan 512GB SSD dan 16GB DDR5 RAM.

Bagi paparan, ia hadir dengan skrin bersaiz 16-inci dengan resolusi WUXGA, menyokong kadar segar semula sehingga 165Hz dan kadar reaksi 3 ms. Laptop ini juga menyokong fungsi-fungsi AI seperti Acer PruifiedView dan Acer PurifiedVoice.

Laptop ini sudah ditawarkan di mana-mana pengedar rasmi Acer dan juga Acer eStore dengan harga RM4,899. Setiap pembelian sebelum 16 Mei 2024, pembeli juga akan menerima hadiah sehingga RM438.

Sohor Kini