Airbnb hari ini telah memperkenalkan ‘Icons’ iaitu penawaran menarik untuk pilihan penginapan dengan menyertakan rumah berdasarkan kandungan pop culture. Antara yang diumumkan adalah rumah daripada filem Up, rumah ini popular kerana ia diterbangkan menggunakan belon di dalam filem tersebut.

Walaupun masih menyertakan lebih 8000 belon, akan tetapi Airbnb akan menggunakan kren untuk mengangkat rumah tersebut. Rumah ini akan bertempat di Abiquiu, New Mexico dan menurur Airbnb ia akan berfungsi secara penuh. Anda boleh lihat penyenaraian untuk rumah ini di Airbnb.
Selain itu, mereka juga mengumumkan rumah agam daripada siri animasi X-Men ’97, rumah yang menjadi tempat tinggal Prince di dalam filem Purple Rain, rumah yang membolehkan anda untuk bermain Fornite dengan Khaby Lame dan melihat secara sendiri tempat kawalan emosi Riley daripada filem Inside Out 2.

Kebanyakan penawaran ini adalah secara percuma, oleh itu ia akan ditawarkan secara terhad bagi yang memerlukan bayaran ia adalah di bawah $100.


