Acer hari ini telah mengumumkan pilihan baharu untuk komputer riba mereka bagi model Acer Nitro 14, Acer Nitro 16 dan juga Predator Helios Neo 14. Dengan Acer Nitro 14 hadir dengan pilihan cip pemprosesan oleh AMD, manakala Predator Helios Neo 14 cip pemprosesan oleh Intel dan Acer Nitro 16 hadir dengan kedua-dua pilihan cip pemprosesan.
Acer Nitro 14
Acer Nitro 14 hadir dengan pilihan cip pemprosesan AMD Ryzen 7 8845 atau AMD Ryzen 5 8645 dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX4060, NVIDIA GeForce RTX4050, atau NVIDIA GeForce RTX3050. Ia juga hadir dengan saiz skrin 14.5-inci, panel IPS dengan dua pilihan resolusi iaitu 2560×1600 atau 1920×1200 dengan sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz. Bagi memori, ia ditawarkan dengan pilihan sehingga 32GB RAM dan 1TB NVMe untuk storan dalaman. Ia akan tiba di Amerika Utara terlebih dahulu pada bulan Mei dengan harga bermula $1,299 (~RM6,100).
Acer Nitro 16
Bagi pilihan cip pemprosesan AMD, Acer Nitro 16 menyertakan pilihan cip AMD Ryzen 9 8945HS, AMD Ryzen 7 8845HS atau AMD Ryzen 5 8645HS. Manakala untuk Intel dengan pilihan Intel Core i7-14800HX, Intel Core i7-14650HX atau Intel Core i7-14400HX. Dengan tiga pilihan kad grafik yang sama iaitu NVIDIA GeForce RTX4060, NVIDIA GeForce RTX4050, atau NVIDIA GeForce RTX3050.
Skrin pula, ia hadir dengan skrin bersaiz 16-inci, panel IPS dengan dua pilihan resolusi iaitu 2560×1600 atau 1920×1200 yang juga menyertakan pilihan untuk tanpa sokongan teknologi NVIDIA Advanced Optimus. Skrin ini dilengkapi dengan sokongan kadar segar semula sehingga 165Hz. Memori, ia hadir dengan pilihan RAM sehingga 32GB dan storan NVMe sehingga 2TB.
Acer Nitro 16 akan ditawarkan di Amerika Utara terlebih dahulu bulan Mei ini dengan harga bermula $1,399 (~RM6,600).
Predator Helios Neo 14
Predator Helios Neo 14 buat masa ini hanya diumumkan untuk model dengan cip Intel iaitu tiga pilihan, Intel Core Ultra 9 185H, Intel Core Ultra 7 155H atau Intel Core Ultra 5 125H. Bersama dengan tiga pilihan kad grafik iaitu NVIDIA GeForce RTX4070, NVIDIA GeForce RTX4060, atau NVIDIA GeForce RTX4050.
Paparan pula menyertakan skrin bersaiz 14.5-inci, panel IPS dengan tiga pilihan resolusi iaitu 3072 x 1920 dengan sokongan kadar segar semula sehingga 165Hz, 2560 x 1600 atau 1920 x 1200 dengan kedua-dua menyertakan sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz.
Manakala untuk memori, ia hadir dengan pilihan RAM sehingga 32GB dan sotran dalaman sehingga 1TB NVMe.
Ia ditawarkan di Amerika Utara pada bulan Mei ini terlebih dahulu dengan harga bermula $1,799 (~RM8500).
Penawaran ketiga-tiga model baharu ini masih tidak diumumkan lagi buat pasaran Malaysia, pilihan spesifikasi juga mungkin tidak sama dengan pengumuman lanjut akan dilakukan kemudian.