Shift Up telah mengumumkan yang demo baharu untuk Stellar Blade iaitu permainan seterusnya oleh mereka akan tiba pada 29 Mac ini untuk PlayStation 5. Demo ini akan menyertakan bahagian awal permainan dan kemajuan boleh dibawa ke permainan penuh apabila ia dilancarkan kelak.

Mereka juga mengatakan yang terdapat kejutan kepada pemain yang menyelesaikan bahagian awal untuk demo ini. Stellar Blade akan dilancarkan untuk PlayStation 5 pada 26 April 2024 dan merupakan permainan pertama oleh Shift Up untuk konsol.

Shift Up sebelum ini popular dengan permainan mudah alih seperti Goddess of Victory: Nikke dan Destiny Child.

Sohor Kini