Genshin Impact dan Discovery Channel hari ini telah berkongsi dokumentari pendek yang memfokuskan kepada alam sekitar, selain itu mereka juga mengumumkan kempen “Teyvat Nature Dicovery Tour” yang akan dilakukan secara dalam talian dan juga luar.

Dokumentari pendek yang berjudul “Voice of Nature” memfokuskan kepada keindahan lautan, terumbu karang, bukit bersalji dan juga padang pasir dengan ia ditemani narrator yang disuarakan oleh Kit Harington, Lili Cole, Max Djenohan, Kate Humble dan Ed Stafford.

Bagi “Teyvat Nature Dicovery Tour” pula, Kaven telah diumumkan sebagai jurucakap untuk acara ini bersama dengan Beidou, Kokomi, Albedo, Tighnari dan Candance mewakili setiap habitat di Teyvat. Bermula pada 16 Mac, acara dalam talian “Discover Traces, Explore Nature” dianjurkan yang menawarkan pelbagai ganjaran termasuk juga Primogems.

Jualan luar talian akan dilakukan di Berlin, London, Paris, Rome dan Seoul dengan setiap wang yang diperoleh akan disumbangkan kepada organisasi Cool Earth.

Genshin Impact sudah dilancarkan untuk PlayStation, PC, iOS dan Android.

Sohor Kini