mmCineplexes iaitu salah satu syarikat penyedia pawagam di Malaysia telah mengumumkan pembukaan cawangan terbaru mereka di Berjaya Times Square yang sudah mula beroperasi dengan mempunyai 9 skrin termasuk juga auditorium Dolby Atmos terbesar untuk mereka dengan 338 tempat duduk, Elite Plus, dan Kiddo Studio yang khusus untuk kanak-kanak bersama dengan ibu bapa.

Cawangan ini yang dikenali sebagai mmc Plus juga memperkenalkan tempat duduk jenis baharu buat pertama kali di Kuala Lumpur iaitu Cabana dan Smoove yang menawarkan ruang yang luas untuk pasangan dan juga keluarga. Ia juga menyertakan tempat duduk berkembar premium dengan harga yang lebih rendah berbanding pesaing.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan yang akan menyediakan variasi perisa bertih jagung yang disediakan mengikut musim, antaranya adalah perisa durian dan kuih bangkit.

Cawangan di Berjaya Times Square ini menjadi cawangan yang ke-14 untuk mmCineplexes yang turut dibuka di Kuala Selangor, Bahau, Johor, Melaka, Nilai, Penang, Parit Buntar, Seri Iskandar, Kepala Batas, Kedah dan Kuching.

Pawagam di Berjaya Times Square sebelum ini diuruskan oleh GSC sebelum ditutup pada 27 November tahun lepas.

Leave a Reply