GSC hari ini telah mengumumkan yang GSC Berjaya Times Square akan menamatkan operasi pada 27 November 2023 dengan tayangan terakhir pada 26 November 2023.
Menurut GSC, penutupan ini adalah untuk memfokuskan kepada cawangan terbaru mereka iaitu GSC LaLaport BBCC yang baru sahaja dibuka pada bulan Ogos lepas.
Ini adalah penutupan kali kedua untuk GSC Berjaya Times Square yang sebelum ini sudah ditutup pada Januari 2021 akibat pandemik Covid-19, sebelum dibuka semula pada bulan Oktober pada tahun yang sama.
Pada bulan Ogos lepas, GSC juga telah menutup GSC Alamanda dengan ia ditamatkan operasi secara rasmi pada 14 Ogos 2023.
GSC Berjaya Times Square telah beroperasi sejak tahun 2005.