Oppo telah melancarkan secara rasmi Oppo Watch X untuk beberapa pasaran termasuk juga di Malaysia. Oppo Watch X ini dilengkapi dengan paparan 1.43-inci, menggunakan panel AMOLED dengan resolusi 466×466.

Bagi cip pemprosesan, ia menggunakan cip Qualcomm Snapdragon W5 Gen 1, RAM 2GB dengan sistem operasi Wear OS 4. Manakala untuk storan dalaman untuknya pula adalah sebesar 32GB.

Oppo Watch X menyertakan bateri sebesar 500 mAh yang dikatakan mempunyai ketahanan selama 100 jam dan boleh dilanjutkan sehingga 12 hari jika menggunakan mod “Power Saver”.

Bagi penggunaan yang kerap seperti menggunakan GPS, membuat panggilan dan kegunaan yang lain ia masih lagi boleh bertahan sehingga 48 jam. Ia menyokong pengecasan 10W yang boleh mengecas dari sifar ke penuh dalam masa satu jam sahaja.

Oppo Watch X ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Platinum black dan Mars Brown dengan harga RM1,399. Setiap pembelian bermula sekarang sehingga 21 April, pembeli boleh dapatkan rebat RM100 dan boleh beli tali jam yang berharga RM129 dengan harga RM1.

Anda boleh layari laman rasmi untuk Oppo Watch X jika ingin melakukan tempahan ataupun maklumat lanjut mengenainya.

Sohor Kini