Acer telah mengumumkan yang monitor mudah alih Acer PM161QB mereka dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga RM459. Monitor ini hadir dengan skrin bersaiz 15.6″ dengan resolusi 1920 x 1080, dan kadar segar semula sehingga 60Hz.

Acer PM161QB juga menyertakan sokongan HDR10, AMD FreeSynce, Acer VisionCare, rekaan yang nipis dengan sudut pandangan yang lebar bersama dengan teknologi ‘In-Plane Switching’. Ia menyertakan tiga port iaitu 2 USB-C dan 1 miniHDMI.

Selain boleh digunakan secara mudah alih, monitor ini juga disertakan dengan VESA mount untuk di pasang di mana-mana pendiri monitor ataupun dinding.

Sohor Kini