Lionsgate Movie telah berkongsi treler pertama untuk Borderlands iaitu filem aksi nyata berdasarkan permainan berjudul sama yang dibangunkan oleh Gearbox Software. Filem ini akan ditayangkan bermula pada 9 Ogos 2024.

Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Eli Roth akan tetapi seperti dilaporkan sebelum ini Tim Miller juga terlibat sebagai pengarah untuk beberapa bahagian yang dirakamkan semula. Antara senarai pelakon ialah Cate Blanchett yang membawa watak Lilith, Edgar Ramizer sebagai Atlas, Kevin Hart sebagai Roland, Ariana Greenblatt sebagai Tiny Tina, Florian Munteanu sebagai Krieg dan Jack Black suara untuk Claptrap.

Filem ini adalah mengenai Lilith yang merupakan pemburu harta karun terkenal yang terpaksa kembali ke planet asalnya iaitu Pandora untuk mencari Atlas. Pengembaraannya ditemani oleh beberapa orang seperti Roland, Tiny Tina, Krieg dan Claptrap.

Sohor Kini