Apple nampaknya amat sukakan genre sains fiksyen, lagi-lagi yang melibatkan angkasa. Antara yang popular adalah For All Mankind, kemudian Invasion, Foundation dan banyak lagi. Terbaru adalah Constellation dengan lakonan Noomi Rapace, Jonathan Banks, James D’Arcy dan Julian Looman.

Treler pertama sudah boleh ditonton di bawah;

Constellation mengisahkan Jo (Rapace) seorang angkasawan yang baru pulang ke bumi selepas tragedi di angkasa. Jo kemudian menyedari dia kehilangan sesuatu yang penting di dalam hidupnya. Siri ini adalah sebuah pengembaraan dan aksi di angkasa mengenai psikologi seorang wanita yang terdesak dan ingin mendapatkan kebenaran di sebalik tragedi di angkasa yang dia lalui.

Treler nampak menakjubkan serta mengerikan kerana Jo turut harus berdepan dengan anak perempuannya. Jika anda ingin menontonnya, siri ini akan disiarkan pada 21 Februari dengan 3 episod, kemudian diteruskan secara mingguan sehingga 27 Mac 2024.

Sohor Kini