Skip to main content

Rebel Moon – Part One: A Child of Fire adalah filem pertama dalam francais Rebel Moon di Netflix. Ia adalah iterasi Star Wars Zack Snyder memfokuskan kisah pahlawan di angkasa dengan korupsi kerajaan Motherworld. Netflix dan Snyder cuba membina mesta Motherworld ini sedalam-dalam yang mungkin kerana sudah ada komik prekuel, akan mempunyai permua serta filem sekuel – The Scargiver.

Layari – Rebel Moon Explained

Filem ini menerima kritikan yang teruk seperti tidak membina mesta Motherworld dengan baik, watak menarik lain diketepikan, terlampau banyak aksi gerak-perlahan, banyak adegan yang nampak ganas tetapi terus dipotong serta terlampau bergantung kepada eksposisi. Untuk membantu penonton, Netflix telah hadir dengan laman web khas menjelaskan mesta Motherworld, planet-planet, watak-watak dan penceritaan yang cuba disampaikan.

Laman web ini menceritakan sedikit asal-usul Motherworld dengan watak-watak penting yang menjadi motif Kora lakonan Sofia Boutella ingin menumpaskan mereka. Planet kediaman Kora iaitu Veldt turut dijelaskan, planet Neu-wodi, Daggus, Pollux, Sharaan dan juga Gondival. Apa yang disampaikan dalam laman web ini adalah lebih terang dan mudah difahami berbanding di dalam filem.

Filem Rebel Moon adalah filem Star Wars untuk kultus #ReleaseTheSnyderCut. Filem ini turut disahkan akan menerima Snyder Cut dengan aksi ganas serta klasifikasi R-Rated. Dijangka dua filem Rebel Moon akan digabungkan menjadikan satu filem lebih 6 jam.

Leave a Reply