Rebel Moon adalah francais filem fantasi sains fiksyen angkasa Zack Snyder untuk Netflix. Ia merupakan adaptasi kepada skrip Star Wars yang ditolak dan telah diolah semula. Filem pertama iaitu Child of Fire telah pun disiarkan dan ia menerima kritikan yang sangat teruk. Menjadikan filem ini yang kedua paling teruk selepas Sucker Punch menurut Rotten Tomatoes.
Walaupun begitu, Netflix tidak mengalah kerana telah mengacah video untuk filem kedua pula The Scargiver.
Dalam video acah ini, orang-orang di perkampungan planet Veldt dilihat mula berlatih untuk bersiap sedia bertarung dengan askar-askar Mother World. Ed Skrein sebagai Atticus Noble, iaitu orang kanan kepada Balisarius turut dilihat telah hidup kembali. Fokus filem kedua dikatakan adalah meneruskan kisah perjuangan Kora melindungi Veldt dan membuktikan kekuatan pemberontak terhadap Mother World yang kejam.