Persona Theory Games iaitu studio permainan video tempatan yang mengeluarkan permainan seperti Kabaret hari ini telah mengeluarkan kenyataan melalui akaun X mengenai kes gangguan seksual yang telah berlanjutan sejak awal bulan lagi.

Di dalam kenyataan tersebut, Saqina Latif iaitu pengasas Persona Theory Games mengatakan yang mereka tidak mengeluarkan kenyataan dengan lebih cepat kerana ingin mendapat informasi-informasi mengenai kes tersebut.

Bagi membawa perubahan yang positif, mereka juga telah melakukan penstrukturan semula pasukan pengurusan dengan Abu Huraira dan Ahamd Helmi akan menjadi CEO bersama untuk membentuk garis panduan baharu bagi memastikan keadaan kerja yang selamat.

Pengumuman mengenai penstrukturan semula ini adalah seperti yang dikongsi oleh The Magic Rain, akan tetapi secara keseluruhannya, kenyataan yang dikeluarkan ini masih tidak menjawab secara terus mengenai masalah utama bagi perkara ini.

Kes gangguan seksual melibatkan Persona Theory Games ini bukan melibatkan seorang pekerja sahaja tetapai beberapa orang yang melakukan perkongsian di laman sosial seperti yang dikongsikan oleh JLicious di X.

Sohor Kini