Garena Umum Undawn Pro – Menyertakan Sistem ‘PROfession’

Garena telah mengumumkan penjenamaan baharu untuk permainan Undawn, iaitu Undawn Pro khusus untuk pemain di Malaysia, Singapura dan Filipina. Dengan tema “Leave it to the PROs” penjenamaan dan kemaskini ini memfokuskan kepada untuk pemain menjadi lebih mahir bermain permainan ini.

Antara yang diperkenalkan adalah sistem baharu iaitu ‘PROfession’ yang boleh dikatakan sebagai kelas, ia terbuka kepada pemain yang sudah berada di tahap ke-30. Berikut adalah senarai profession yang disertakan, setiap-nya mempunyai gaya permainan tersendiri:

  • Heavy Armoured Guard
  • Special Ops Member
  • Sharpshooter Hunter
  • Exposive Expert
  • Battlefield Medic

Selain itu, mereka juga mengumumkan empat Special Ops baharu –

  • Special Ops Boss – Blazar Restricted Area (terbuka kepada pemain tahap 106 dan ke atas)
  • Special Ops Mingguan – Snow Train (terbuka kepada pemain tahap 105 dan ke atas)
  • Special Ops Harian – Elros’s Energy Lab dan Winter Bay Oil Drilling Platform

Garena juga mengatakan yang sistem pengalaman juga ditambah baik dengan lebih memudahkan pemain untuk meningkatkan tahap. Anda boleh baca maklumat penuh mengenainya di pautan ini.

Garena Undawn Pro sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini