Siri Arkham Akan Berada Dalam Mesta DCU, Bukan The Batman

Matt Reeves sedang mengembangkan mesta The Batman iaitu DC Elseworld dentgan filem sekuel The Batman serta siri Penguin. Satu lagi siri adalah Arkham yang sebelum ini kami laporkan akan ditulis oleh Antonio Campos. Siri ini menurut James Gunn akan diolah menjadi siri khusus untuk mesta DCU dalam Chapter One: Gods and Monsters.

Gunn turut memberitahu yang Matt Reeves akan mengendalikan kedua-dua projek DC Elseworld untuk mesta The Batman dan juga Arkham dalam mesta DCU. Buat masa ini masih tiada sebarang butiran mengenai siri ini. Adakah Arkham akan menjadi siri memperkenalkan Gotham, musuh Batman dan Batman versi DCU? Siapakah pelakonnya? Watak mana yang akan muncul? Bila ia akan disiarkan? Sama-sama kita nantikan.

Sumber – Threads, James Gunn

Sohor Kini