Skip to main content

Matt Reeves iaitu pencipta filem The Batman, sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk menghasilkan siri TV mengenai Gotham City Police Department – seakan siri TV Gotham The CW sebelum ini. Siri ini akan berlaku pada Tahun Sifar dunia The Batman.

Tetapi projek ini dibatalkan dan diubah kepada Arkham Asylum. Terkini, siri TV ini telah menerima penulis iaitu Antonio Campos. Jika skrip beliau diterima, Campos turut akan menjadi penerbit dan pengarah bagi siri TV ini.

Variety turut melaporkan di mana, Matt Reeves turut masih berhasrat ingin hasilkan siri TV GCPD. Menjadikan dua projek berbeza, dengan Joe Barton yang akan mengendalikan projek ini. Namun, tiada perkembangan baharu mengenainya.

Arkham Asylum akan dihasilkan di bawah studio Matt Reeves, 6th & Idaho bersama dengan Warner Bros. Television. Tiada sebarang pelakon, sinopsis dan tarikh siaran buat masa ini.

Leave a Reply