Pemenang anugerah Game of The Year di The Game Awards tahun ini, Larian Studios baru sahaja melancarkan permainan Baldur’s Gate 3 untuk konsol Xbox Series X dan Series S, dan pengasas dan CEO syarikat tersebut, Swen Vincke mengesahkan bahawa ia tidak akan tiba untuk Game Pass.

Baldur’s Gate 3 dilancarkan pada mulanya untuk platform PC dan Sony PlayStation 5 terlebih dahulu, dan pembangunannya untuk konsol Microsoft Xbox kerana isu-isu yang tertentu, sepertimana permainan tersebut perlu boleh digerakkan di kedua-dua buah model sebelum ia boleh dilancarkan di platform tersebut.

Alasan yang diberikan Swen Vincke mengenai status ketersediaan di Game Pass ini adalah kerana Larian Studios merupakan sebuah studio kecil yang memerlukan wang untuk membangunkan permainan-permainan video yang berkualiti tinggi.

Sebelum Baldur’s Gate 3, Larian Studios juga telah membangunkan siri RPG Divinity yang terdiri daripada beberapa kandungan tambahan.

[sumber]IGN[/sumber]

Sohor Kini