Bruce Campbell iaitu pelakon dan penerbit bagi francais filem Evil Dead baru-baru ini mendedahkan perancangan untuk filem seterusnya. Dengan kitab Evil Dead telah ditulis, mana-mana pencipta filem bebas mengikut panduan kitab ini untuk hadir dengan iterasi filem Evil Dead tersendiri.

Baca – Ulasan Evil Dead Rise

Menurut Campbell, filem baharu Evil Dead akan dikeluarkan sekali setiap 2-3 tahun. Bermakna filem seterusnya mungkin akan tiba pada tahun 2025 atau 2026. Perancangan untuk menggabungkan jalan cerita dua dunia Evil Dead satu dengan versi komedi bersama Ash (Campbell) dan satu lagi watak Mia (Jane Levy) turut masih tidak jelas.

Sohor Kini