Evil Dead diolah semula dengan filem seram yang lebih serius pada tahun 2013. Hanya selepas 10 tahun barulah sekuel dikeluarkan iaitu Evil Dead Rise yang dikatakan adalah berdasarkan tiga kitab setan dan bukannya satu yang semua kenali iaitu Necronomicon.

Menurut Bruce Campbell yang sebelum ini adalah pelakon watak Ash dalam filem klasik Evil Dead dan siri TV tetapi tidak berlakon dalam filem olahan semula dan hanya menjadi penerbit Sam Rami dan adik beliau Ivan Raimi sedang menulis Evil Dead Bible.

Ia bukannya filem atau skrip, sebaliknya satu kitab atau buku panduan bagi francais Evil Dead. Kitab ini ditulis kerana tidak ingin peminat tunggu 10 tahun lagi untuk sekuel Evil Dead. Buku ini nanti boleh digunakan oleh penulis dan pengarah filem yang ingin teruskan francais Evil Dead kerana Sam Raimi berhasrat setiap 2-3 tahun akan ada satu filem.

Filem-Filem Evil Dead seterusnya juga nanti boleh menjadi sekuel atau prekuel dan semuanya akan berkait dalam satu dunia sama. Cuma masih tidak pasti jika Bruce Campbell akan berubah hati dan kembali memainkan watak Ash.

Jika Ash kembali idea asal untuk hadir dengan filem Army of Darkness 2, kemudian filem sekuel Evil Dead (sekarang Evil Dead Rise) dan ditamatkan dengan filem Evil Dead yang menggabungkan jalan cerita seram serius dan komedi bersama watak Mia Allen (Evil Dead 2013).

Tetapi dengan Evil Dead Bible menjadi buku panduan, pelbagai cerita boleh terus dikembangkan dalam dunia filem seram ini. Lagi-lagi Evil Dead Rise yang menerima sambutan baik.

Sohor Kini