Hari ini adalah hari di mana episod akhir Squid Game: The Challenge disiarkan. Pemenang akan membawa pulang $4.56 juta selepas bermain pelbagai permainan yang sama dalam K-Drama serta permainan tambahan sepanjang 10 episod. Hari ini juga, Netflix telah mengumumkan yang The Challenge turut akan diteruskan untuk musim kedua.

Pemenang dalam musim pertama dikatakan akan dipanggil kembali untuk bersama-sama dengan finalis musim kedua akan datang. Adakah pemenang musim pertama boleh merebut hadiah pemenang musim kedua nanti? Netflix dikatakan kini sedang mencari pemain untuk musim kedua. Adakah anda boleh tonton musim ini dan tidak sabar untuk musim kedua?

Sohor Kini