LEGO Fortnite Menerima Treler – Tiba Hari Ini

Epic Games telah berkongsi treler untuk Lego Fortnite iaitu mod baharu yang akan tiba sekitar hari ini di dalam permainan tersebut. Mereka sebelum ini mengatakan yang LEGO Fortnite merupakan pengembaraan ketahanan hidup dan juga crafting. Kita boleh jangkakan seperti mana-mana permainan ketahanan hidup yang lain.

Berdasarkan treler yang dipertontonkan di atas, diperlihatkan yang pemain boleh membina rumah, berkebun dan juga membela binatang. Mod ini juga boleh dimainkan secara multi-pemain bersama rakan-rakan.

Mereka juga telah mengesahkan yang kebanyakan kostum di dalam Fortnite akan menerima versi LEGO Fortnite tetapi bukan semua kostum akan menerimanya.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Ia juga dikeluarkan untuk Android tetapi bukan melalui Play Store.

Sohor Kini