Stray Kini Boleh Dimainkan Pada MacBook Apple Silicon – RM119.90

Permainan simulasi kucing popular oleh BlueTwelve Studio dan Annapurna Interactive kini boleh dibeli pada platform Apple. Buat masa ini ia terhad kepada peranti Mac yang dijana cip Apple Silicon seperti siri M1, M2 dan M3.

Permainan ini boleh dibeli pada harga RM119.90 dan mempunyai saiz 8.2 GB. Apple turut dilihat menawarkan Family Sharing, bermakna beli sekali boleh kongsi dengan lima ahli dalam keluarga sama dengan pelan Apple One. Permainan ini boleh dimainkan dengan alat kawalan PlayStation DualSense, Xbox dan lain-lain yang sedia disokong pada macOS.

Baca – Ulasan Stray – Tekan ‘O’ Untuk Meow

Beli – Stray di Apple App Store

Sohor Kini