Twitch Menamatkan Perkhidmatan Mereka Di Korea Selatan

Twitch adalah antara hab penstriman permainan video popular di kalangan komuniti pemain video. Perkhidmatan ini disediakan oleh Amazon dan tersedia di merata dunia termasuk di Malaysia yang turut menyertakan langganan Prime Video sekali.

Terbaru, Twitch telah mengumumkan yang mereka akan menghentikan operasi mereka di Korea Selatan. Tiada sebarang isu besar atas penutupan ini, tetapi hanya sekadar tidak mampu menampung kos operasi pelayan yang tinggi. Menurut Twitch kos operasi di Korea selepas melakukan pelbagai penjimatan masih 10 kali ganda lebih mahal berbanding negara lain.

Penutupan ini adalah bagi mereka tidak lagi menanggung kerugian. Pada masa yang sama, Twitch turut akan membantu para penstrim permainan video mereka berpindah ke platform pesaing kerana itu adalah jalan terbaik yang boleh mereka lakukan setakat ini.

Sumber – Twitch

Sohor Kini