Skip to main content

Rockstar Games akhirnya memperlihatkan treler untuk Grand Theft Auto VI lebih awal selepas dikatakan ia tertiris sebelum ini. Anda boleh tonton treler tersebut di bawah yang memperlihatkan buat pertama kali protagonis wanita, Lucia.

Treler ini juga mengesahkan dua perkara, pertama permainan terbaru GTA ini akan menggunakan judul Grand Theft Auto VI ataupun GTA VI seperti yang dijangkakan dan ia akan dilancarkan pada tahun 2025. Sebagai antara siri permainan terbesar di dalam industri, treler ini sudah semestinya dinanti-nantikan ramai.

Buat masa ia hanya diumumkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series, berkemungkinan sekali lagi versi PC akan dilancarkan lebih lewat.

Leave a Reply