Permainan Halo pertama iaitu Combat Evolved dilancarkan pada tahun 2001 untuk konsol Xbox. Ia kemudian mempunyai filem aksi nyata iaitu Halo 4: Forward Unto Dawn, siri pendek Halo: Nightfall, filem animasi antologi Halo Legends dan siri aksi nyata Paramount+ – Halo. Siri TV ini turut disiarkan di Mola.tv dan terbaru telah disahkan menerima sambungan untuk musim kedua.

Halo berlaku pada zaman abad ke-26, berdasarkan mesta permainan Combat Evolved di mana terdapat konflik di antara manusia dan makhluk asing Covenant. Master Chief John-117 mengetuai pasukan Spartan bagi mencari Covenant yang merancang untuk menyerang manusia sehingga pupus atau cuba menghindari kejadian yang digelar sebagai The Halo.

Pablo Schreiber adalah Master Chief, Spartan-117, Natascha McElhone sebagai Dr. Halsey, Jen Taylor sebagai Cortana, Bokeem Woodbine, Shabana Azmi, Natasha Culzac, Olive Gray, Yerin Ha, Bentley Kalu, Kate Kennedy, Charlie Murphy dan Danny Sapani membintangi siri ini. Untuk musim kedua watak James Ackerson iaitu pegawai UNSC lakonan Joseph Morgan diperkenalkan bersama-sama dengan Talia Perez iaitu Koperal baharu.

Halo musim kedua dihasilkan oleh Showtime bersama-sama dengan 343 Industries dan studio milik Steven Spielberg iaitu Amblin Television. Buat masa ini, siri ini disahkan akan ke Paramount+ di Amerika Syarikat pada Februari 2024. Tetapi tiada pengesahan untuk pasaran Malaysia melalui Mola.tv.

Sohor Kini