Siri TV Halo iaitu adaptasi untuk permainan video yang boleh dikatakan satu ikon bagi konsol Xbox sudah mula ditayangkan di Paramount+, dan di Malaysia Mola TV yang membawanya secara rasmi.

Menariknya, anda boleh tonton episod pertama untuk siri tersebut di Mola TV secara percuma dan anda hanya perlu mendaftar akaun, tidak memerlukan sebarang langganan ataupun menggunakan kad kredit dan juga debit.

Tidak disahkan lagi jika ia adalah percuma untuk satu episod sahaja ataupun termasuk juga episod-episod seterusnya yang akan tiba setiap minggu.

Mola TV adalah perkhidmatan penstriman yang baru sahaja dilancarkan pada akhir tahun lepas di Malaysia, ia dikatakan menawarkan perkhidmatan dengan langganan RM34.99 akan tetapi buat masa ini langganan tersebut masih tidak dapat diakses.

Sohor Kini