Siri aksi nyata Fallout diumumkan pada tahun 2020, kemudian tahun ini mula diacah sedikit demi sedikit. Malam tadi treler acah pertama telah dipertontonkan. Ia kelihatan cuba menjadi permainan video dengan seorang vault dweller meninggalkan tempat tinggal untuk menerokai tanah tandus pasca-apokaliptik yang jelas sekali merbahaya.

Antara barisan pelakon yang terlibat di dalam siri ini adalah Ella Purnell yang membawa watak Lucy iaitu salah seorang ‘Vault Dweller’, Aaron Moten yang membawa watak Maximus yang merupakan sebahagian daripada Brotherhood of Steel, Walton Goggins membawa watak The Ghoul yang merupakan seorang pemburu upahan dan Kyle MacLuaghiin membawa watak Overseer Hank yang merupakan Overseer untuk Vault 33 dan juga bapa kepada Lucy.

Tiga episod pertama untuk siri ini diarahkan oleh Jonathan Nolan dan penerbit eksekutif bersama dengan Lisa Joy, Geneva Ronertson-Dworet dan Garham Wagner yang juga merupakan penulis bagi siri ini.

Sohor Kini