Siri Aksi Nyata Fallout Tiba Di Prime Video Tahun Depan

Prime Video telah mengumumkan yang siri aksi nyata Fallout akan disiarkan di platform penstriman tersebut bermula pada 12 April 2024. Fallout adalah siri permainan oleh Bethesda yang memfokuskan kepada dunia selepas peperangan nuklear.

Siri ini diselia oleh Robertson-Dworet dan Graham Wagner, ditulis oleh Jonathan Nolan yang juga akan menjadi pengarah untuk sekurang-kurangnya episod pertama dan juga Lisa Joy. Antara senarai pelakon adalah Moises Arias, Johnny Pemberton, Aixa Kendrick, dan Walton Goggins.

Prime Video boleh dilanggan dengan harga RM25 sebulan ataupun dapatkan bersama dengan Twitch Prime yang juga ditawarkan dengan harga yang sama.

Sohor Kini