Skip to main content

The Sandman di Netflix adalah antara siri aksi nyata popular tahun lepas yang diapatasi daripada komik oleh Neil Gaiman. Gaiman turut terlibat dengan produksi siri TV ini. Musim pertama mengisahkan Dream lakonan Tom Sturridge yang ditangkap sehingga menyebabkan mimpi ngeri menyerang dunia realiti. Selepas berjaya membebaskan diri, Dream menjadi adiwira yang cuba menyelamatkan dunia.

Seperti yang dilaporkan pada tahun lepas, The Sandman akan menerima sekuel. Hari ini, Netflix telah mengumumkan serta turut berkongsi gambar yang penggambaran bagi musim baharu telah bermula di London bersama-sama dengan Warner Bros. Television. Tarikh siaran masih belum ditentukan lagi, tetapi penggambaran dijangka akan menjadi pantas dan lancar kerana pembangunan musim kedua ini telah bermula sejak tahun lepas lagi.

Leave a Reply