The Sandman adalah siri TV aksi nyata baharu yang Netflix adaptasi daripada komik dengan judul sama karya Neil Gaiman. Dalam siri TV ini, Dream dilakonkan oleh Tom Sturridge dan mengisahkan selepas beliau ditangkap dan dikurungkan, beliau perlu menyelamatkan dunia daripada segala mimpi ngeri mula masuk ke dunia nyata yang menyebabkan huru-hara.

Siri ini cukup popular dan ditonton oleh ramai orang. Di Malaysia, The Sandman berada nombor tiga dalam carta Top 10 Netflix, sementara kekal nombor satu untuk peringkat global dengan 127.5 juta jam tontonan.

Menurut pencipta The Sandman, walaupun sudah menjadi siri TV nombor satu di Netflix – ia masih tidak mencukupi untuk diteruskan dengan musim kedua. Ini kerana siri TV ini mempunyai kos yang tinggi dan untuk Netflix keluarkan lagi bajet, siri TV ini perlu benar-benar berjaya untuk meyakinkan mereka – kata Neil Gaiman. Buat masa ini, beliau turut menyatakan yang Netflix masih tidak memaklumkan apa-apa perancangan untuk musim kedua.

Sohor Kini