Skip to main content

Filem Sonic the Hedgehog adalah antara filem adaptasi permainan yang paling berjaya sebelum The Super Mario Bros. Movie. Kejayaan filem ini membawa kepada filem sekuel dan telah disahkan akan menjadi trilogi dengan filem Sonic The Hedgehog 3. Filem ini telah pun disahkan akan ditayangkan pada hujung tahun 2024.

Malam tadi akaun rasmi Sonic The Hedgehog di X telah mengacah yang filem ini kini dalam pembangunan. Bukan itu sahaja, imej yang dikongsi adalah kasut watak Shadow iaitu antagonis utama bagi filem ini. Shadow adalah klon Sonic yang dihasilkan melalui eksperimen rahsia kerajaan bersama dengan Robotnik.

Plot filem dan pelakon suara masih belum disahkan lagi buat masa ini. Tetapi agak menarik untuk melihat spesis landak kecil ciptaan manusia bertempur dengan Sonic iaitu versi asli. Siapakah yang lebih kuat? Sama-sama kita nantikan.

Baca – Ulasan Sonic The Hedgehog 2 โ€“ Menarik Kalau Tidak Tonton Yang Pertama

Leave a Reply