Skip to main content

Paramount Pictures hari ini telah mengumumkan yang filem Sonic the Hedgehog 3 akan ditayangkan pada 20 Disember 2024. Ia merupakan filem susulan untuk Sonic the Hedgehog yang dikeluarkan pada tahun 2020 dan Sonic the Hedgehog 2 yang dikeluarkan pada tahun ini.

Anda boleh baca ulasan kami untuk Sonic the Hedgehog 2 di pautan ini.

Filem ketiga untuk siri ini sudah disahkan sebelum tayangan untuk filem kedua lagi, dan kini tarikh tayangan untuknya telah diumumkan. Mereka juga mengumumkan siri sampingan berdasarkan watak Knuckles yang disuarakan oleh Idris Elba juga akan tiba.

Menurut laporan Deadline, Paramount Pictures juga mengumumkan yang filem animasi baharu untuk Smurfs telah ditunda ke 14 Februari 2025.

Leave a Reply