Kostum Captain America Mungkin Inspirasi Untuk Filem Keluang Man

Malam tadi Astro Shaw telah mengumumkan yang filem aksi nyata pertama Keluang Man akan ditayangkan pada tahun 2025. Filem ini akan ditulis dan diarahkan oleh Anwari Ashraf Hashim dengan Nas-T sebagai Borhan/Keluang Man. Filem ini akan mempunyai kisah asli yang menceritakan asal-usul Borhan bersama-sama dengan watak Ahmad, Inspektor Sahab dan juga Shamsir sambil akan menghormati konsep animasi asal.

Status filem ini masih lagi di tahap pra-produksi dengan skrip masih sedang ditulis. Penggambaran hanya akan bermula pada selepas Hari Raya tahun 2024 akan datang. Bagi yang tertanya-tanya bagaimanakah iterasi kostum adiwira kebangsaan ciptaan Allahyarham Kamn Ismail ini? Sumber kami yang terlibat dengan produksi filem memberitahu kostum Captain America dalam filem Captain America: First Avenger akan menjadi inspirasi utama.

Pada masa yang sama, topeng Keluang Man yang ikonik dengan “penutup pipi” yang terjuntai akan dikekalkan. Fungsi penutup ini dikatakan turut akan didedahkan di dalam filem ini nanti. Sama-sama kita nantikan perkembangan filem pertama dalam mesta “Keluang Man Universe“.

Sohor Kini