Hari ini Astro Shaw telah mengumumkan filem Keluang Man akan ditayangkan pada tahun 2025. Filem ini kini dalam pra-produksi dengan penggambaran akan bermula selepas Hari Raya tahun 2024 bersama dengan Anwari Ashraf Hashim sebagai pengarah dan Nas-T sebagai Keluang Man/Borhan.

Astro tidak berhenti di situ sahaja kerana mereka telah mengesahkan yang filem ini tidak terhad kepada satu sahaja tetapi akan mempunyai sekuel, prekuel dan banyak lagi format kerana ingin menjadikan ikon “adiwira kebangsaan” ciptaan Allahyarham Kamn Ismail sebagai satu mesta adiwira rasmi Malaysia – Keluang Man Universe.

Filem pertama Keluang Man ini akan menjadi filem asal-usul Borhan menjadi Keluang Man dan pengenalan kepada mesta adiwira baharu tempatan. Anwari Ashraf Hashim yang menjadi penulis dan pengarah menyatakan filem ini akan mempunyai tema budaya pop yang semua kenal dengan iterasi baharu serta moden yang boleh diterima orang ramai.

Sohor Kini