Nas-T Ialah Keluang Man, Tayangan Bermula 2025

Keluang Man adalah siri animasi yang dicipta oleh Allahyarham Kamn Ismail. Keluang Man menjadi adiwira kebangsaan dengan rekaan watak dilukis oleh Raja Zaharuddin Shah Raja Chik, bekas juruanimasi Usop Sontorian. Siri animasi tempatan ini diterbitkan oleh UAS Animation Studios dan disiarkan di TV1 dari 1998 sehingga 2005 sebelum disiarkan semula ke TV9 pada tahun 2008.

Astro Shaw telah mendapatkan hak cipta bagi Keluang Man dan kini sedang mengadaptasi ke filem aksi nyata. Anwari Ashraf Hashim (Projek: High Council, penulis francais Polis Evo) telah dipilih sebagai pengarah filem ini. Hari ini Astro Shaw secara rasminya mengumumkan barisan pelakon iaitu yang utama adalah Nas Muhammar Zar atau lebih dikenali sebagai Nas-T menjadi Borhan/Keluang Man.

Barisan pelakon lain adalah sebagai Remy Ishak sebagai Shamsir Jauhari musuh ketat Keluang Man, Anwaar Beg Moghal sebagai Inspektor Sahab, dan juga Rosyam Nor sebagai Ahmad cikgu Silat Borhan. Senarai pelakon lain Astro belum mengumumkannya lagi buat masa ini.

Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun 2025. Buat masa filem ini masih dalam pra-produksi lagi dengan sumber kami memberitahu skrip masih sedang ditulis. Sama-sama kita nantikan informasi lanjut.

Sohor Kini