Skip to main content

Filem aksi nyata Keluang Man telah kedengaran sejak beberapa tahun lalu. Hanya tahun lepas Astro Shaw mengesahkan yang mereka akan terlibat dengan pembangunan filem ini. Malam tadi, Pasal Production mewakili Astro Shaw mengumumkan pula sesi uji bakat terbuka mencari pelakon utama.

Pagi tadi Astro telah mengumumkan yang Anwari Ashraf Hashim akan menjadi pengarah filem ini. Anwari Ashraf Hashim sebelum ini telah mengarah siri TV Projek: High Council, menulis ketiga-tiga filem Polis Evo, siri Netflix The Ghost Bride dan juga Aliff Dalam 7 Dimensi.

Plot filem dan tarikh tayangan masih belum diketahui lagi. Ramai menginginkan filem ini menjadi kenyataan kerana Keluang Man adalah siri animasi komedi “adiwira kebangsaan” yang dicipta oleh Kamn Ismail. Keluang Man menewaskan penjenayah dengan menggunakan naluri dan kejujuran.

Bagi yang terlepas, Februari lepas Keluang Man Cinonet telah dilancarkan di YouTube sebagai animasi menyasarkan kanak-kanak.

Leave a Reply