Dua minggu lepas, selepas mogok tamat Disney dan Marvel telah memecat pengarah Sang-Chi iaitu Destin Daniel Cretton daripada projek filem Avengers: The Kang Dynasty. Ini kerana beliau akan ditugaskan untuk memfokuskan kepada projek Wonder Man. Baru-baru ini, Michael Waldron iaitu penulis skrip Loki musim pertama dan Doctor Strange in the Multiverse of Madness pula dilantik sebagai penulis baharu.

Waldron bukan sahaja akan menulis skrip untuk The Kang Dynasty tetapi turut untuk Secret Wars. Buat masa ini masih tidak pasti jika Marvel ingin teruskan kisah Kang atau akan menggantikannya dengan musuh lain. Kedua-dua filem ini dirancang untuk ditayangkan pada tahun 2026 atau mungkin akan diganti dengan tarikh baharu.

Sohor Kini