Pengarah Shang-Chi Tidak Lagi Mengarah Avengers: The Kang Dynasty

Destin Daniel Cretton iaitu pengarah filem Shang-Chi sebelum ini dilaporkan akan mengarah filem Avengers: The Kang Dynasty yang dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun 2026. Baru-baru ini beliau dilaporkan tidak lagi akan terlibat dengan filem ini kerana pasukan produksi bagi The Kang Dynasty akan dirombak semula. Malah, terdapat ura-ura menyatakan filem baharu Avengers ini mungkin tidak lagi akan memfokuskan kepada watak lakonan Jonathan Majors ini kerana kes jenayah beliau.

Shang-Chi (Simu Liu) in Marvel Studios’ SHANG-CHI AND THE LEGEND OF THE TEN RINGS. Photo by Jasin Boland. ©Marvel Studios 2021. All Rights Reserved.

Bukan itu sahaja, penulis skrip filem ini iaitu Jeff Loveness (Rick and Morty, Ant-Man and the Wasp Quantamania) turut dikatakan mungkin tidak lagi menulis skrip filem ini kerana Marvel yang akan mengubah strategi bagaimana kisah Avengers seterusnya akan disampaikan.

Adakah Marvel akan kembali memanggil Russo Brothers atau menggunakan strategi sama, di mana pengarah sama mengarah dan menulis kedua-dua filem Avengers? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini