Take-Two Disaman Kerana Penggunaan Transaksi-Mikro

Axios telah melaporkan yang seorang kanak-kanak yang diwakili oleh ibunya telah menyaman Take-Two Interactive di atas penggunaan transaksi-mikro di dalam permainan simulasi bola keranjang NBA 2K.

Menurut saman tersebut, cara untuk membeli barangan di dalam permainan tersebut perlu menggunakan “Virtual Currency (VC)”, namun penggunaan VC tersebut dikatakan “tidak adil, tidak sah dan juga tamak” ini ditambah lagi dengan VC tersebut tidak boleh dipindahkan ke versi baharu NBA 2K yang dikeluarkan setiap tahun.

Buat masa ini, Take-Two tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kes saman terbaru ini. Take-Two Interactive merupakan pemilik untuk 2K, Rockstar Games, Private Division dan Zynga.

Sohor Kini