Toge Productions Mengambil-Alih Mojiken Studio

Mojiken Studio iaitu studio pembangunan permainan video dari Indonesia telah mengumumkan yang mereka diambil-alih oleh Toge Productions, iaitu penerbit permainan dari negara yang sama. Namun, menegaskan yang mereka akan terus mengekalkan jenama “Mojiken”.

Toge Productions sebelum ini telah menerbitkan beberapa permainan oleh Mojiken Studio seperti Banyu Lintar Angin, A Raven Monologue, Ultra Space Battle Brawl, She and the Light Bearer, When The Past Was Around, dan yang terbaru A Space For The Unbound.

A Space for the Unboud sebelum ini telah tercalon di dalam kategori Permainan Untuk Impak di The Game Awards 2023. Ia sudah dikeluarkan di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Sohor Kini