Buka Kotak MTG The Lost Caverns of Ixalan – Set Boosters

Wizards of the Coast telah melancarkan penambahan terbaru untuk Magic: The Gathering pada The Lost Caverns of Ixalan pada 17 November lepas, dan mereka juga telah menyediakan kami pek media yang mengandungi kotak Set Booster, beberapa pek Set Booster dan Draft Booster, Commander dan juga kotak khas.

Saya sebelum ini telah membuka Commander Veloci-Ramp-Tor dan melalui artikel ini saya akan membuka pula kotak dan barangan lain yang disediakan, terutama Set Boosters dengan harapan untuk mendapatkan kad-kad menarik terutama kad berdasarkan Jurassic World.

Sebelum itu, anda mungkin tertanya apa yang ada di dalam kotak yang mempunyai label ‘Fragile’. Di dalamnya terdapat potongan-papan kertas yang boleh dibentuk menjadi dinosaur yang boleh dikatakan sebagai tema utama bagi penambahan ini sebagai satu daripada empat puak yang terlibat dengan penceritaan untuk The Lost Caverns of Ixalan.

Sebelum saya membuka Set Boosters, saya juga telah mengunjungi Acara Media bagi pelancaran penambahan The Lost Caverns of Ixalan. Kami telah disediakan Pek Pre-Prelease yang mengandungi 6 Draft Boosters, yang kami gunakan untuk membentuk dek secara terus dan bermain bersama-sama rakan media yang lain.

Saya tidak mendapat kad yang menarik daripada Draft Boosters tersebut tetapi saya bernasib baik melalui Pre-Release Promo Card, di mana saya mendapat ‘Chimil, the Inner Sun’ yang bukan sahaja mempunyai nilai yang baik ($17.99) tetapi juga satu kad yang menarik untuk digunakan di mana-mana dek.

Beralih ke tarikan utama untuk artikel ini iaitu Set Boosters, yang mempunyai 30 Set Booster dan juga 1 Treasure Trove Box Topper. Dengan penambahan ini hadir dengan kolaborasi bersama dengan Jurassic World, setiap 12 pek Set Boosters akan disertakan sekurang-kurangnya 1 kad daripada kolaborasi ini.

Oleh itu, dengan Set Boosters ini mempunyai 30 pek, saya boleh mendapatkan sekurang-kurangnya 2, dan selepas membukanya saya mendapat 3 kad daripada kolaborasi ini iaitu ‘Indominus Rex, Alpha’, ‘Life Finds a Way’ dan ‘Henry Wu, InGen Geneticist’. Dengan kad terbaik sudah semestinya Indominus Rex, Alpha yang ditawarkan dengan harga $14.99 di pasaran.

Walaupun kecewa kerana tidak mendapat Hunting Velociraptor iaitu kad yang terbaik dan juga termahal di dalam kolaborasi ini, ataupun mendapat kad Ian Malcom, tetapi sekurang-kurangnya saya boleh dapatkan kad-kad tersebut di pasaran terbuka, terutama Ian Malcom yang tidak mempunyai nilai yang mahal.

Daripada Box Topper saya mendapat kad Mimic Vat yang bukanlah satu kad yang saya akan guna tetapi ia sekurang-kurangnya mempunyai karya yang menarik. Daripada kesemua 30 Set Booster yang saya buka, saya mendapat 5 kad Mythic Rare, tetapi saya boleh katakan hanya satu sahaja yang menarik iaitu Cavern of Souls, satu kad yang bernilai $37.99 dan kad yang saya akan letak di setiap dek Commander yang saya miliki.

Selain daripada itu, tiada kad-kad lain yang bagi saya menarik pada pandangan pertama selain beberapa kad daripada ‘The List’ contohnya pitiless Plunderer walaupun sekadar kad Uncommon tetapi masih mempunyai nilai $8.99 di pasaran. Satu lagi perkara menarik mengenai penambahan ini adalah rekaan Land jenis full-art yang bagi saya kelihatan sangat menarik, saya cuma mendapat beberapa sahaja tetapi akan terus digunakan di setiap dek yang saya guna.

Kotak Set Boosters The Lost Caverns of Ixalan buat masa ini ditawarkan dengan harga RM629.99 yang anda boleh dapatkan di mana-mana pengedar rasmi bagi Magic: The Gathering. Anda boleh layari pautan ini untuk melihat senarai WPN Premium Stores di Malaysia.

Selain Kotak Set Booster, The Lost Caverns of Ixalan juga ditawarkan melalui Draft Boosters, Commander, Collector Boosters, Prerelease Packs, Bundles dan Gift Bundles.

Sohor Kini