Permainan-permainan terbaru yang diumumkan untuk PS Plus Game Catalog mula disertakan di dalam perkhidmatan tersebut minggu ini dan menyertai Teardown yang disertakan pada 15 November lepas.

Berikut adalah senarai penuh permainan yang disertakan di dalam Game Catalog untuk bulan ini;

  • Teardown
  • Dragon’s Dogma: Dark Arisen
  • Mobile Suit Gunda: Extreme vs. Maxi Boost On
  • Dead Island: Riptide Definitive Edition
  • Superliminal
  • Eiyuden Chronicle: Rising
  • Nobunaga’s Ambition: Taishi
  • Alternate Jake Hunter: Daedalus the Awakening of Golden Jazz
  • River City Melee Mach!!

Pelanggan PlayStation Deluxe juga akan mendapat permainan-permainan di bawah kategori PlayStation Classic dan berikut adalah permainan-permainan yang disertakan pada bulan ini:

  • Grandia
  • Jet Moto
  • Up
  • Klonoa Phantasy Reverie Series
  • PaRappa the Rapper 2

PlayStation Plus kini ditawarkan dengan tiga tahap iaitu Essential, Extra dan Deluxe. Essential ditawarkan dengan harga RM39/sebulan, RM75/3 bulan dan RM235/setahun. Extra ditawarkan dengan harga RM49/sebulan, RM125/3 bulan dan RM400/setahun. Deluxe ditawarkan dengan harga RM55/sebulan, RM145/3 bulan dan RM460/setahun.

Sohor Kini